Stars In My Soul
Welcome!

Hola Blogger! My name is Amirah. I am the owner of this craziest blog ever. Don't you noticed that? Haha Please be nice here ya.Follo me!

GPS? Navigate?

Diary About Links

Instagram



Credits?

Template by : Aina Hanani
Basecodes by : Liyana Izzati
Background : Sis Hafizah
Stuffs by : Aina Hanani
Best view : Google Chrome only

Rahsia Di Sebalik Senyuman or Smile
Tuesday 20 December 2011 | 08:30 | 2 comments
Assalamualaikum...


via sayingimages.com


Hello Ladies and gentleman..Lama takk update...Hari ni nk update pasal "Rahsia Di Sebalik Senyuman or Smile" ... U smile,I wanna smile...bkn lhaa U smile,I smile lhaa..dah org pon kasi smile dekat kita, takk kan x bleh balas kot...Hari ni korang senyum takk?? Senyum dekat siapa??? Mama,abah,adik,umi,kakak,abang,adik or who?? Bnyak tnya betol..hik,hik...Okey2 teruskan senyuman korang yang manis itu...Senyum..:) Even nak ambil gambar pon mesti lhaa senyum.betol takk??...Senyum and takk perlu kata apa-apa...Payah kea nak senyum?? Just gerakkan mulut kita and senyum..Waa...cute,chumell,macho..semua ada..Ukir lhaa sebuah senyuman yang boleh menceriakan hidup korang and juga orang yang di sekeliling korang..Jom baca lebih lanjut! "Rahsia Di Sebalik Senyuman or Smile"..Ada 10 Rahsia Di Sebalik Senyuman kita...


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ’sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ’stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.

I Love Your Smile

Jadi, korang mestilah senyuman kerana senyum juga membuatkan seseorang itu gembira..."Don't make me sad, but make me smile"..=)..Itu ja yg Amirah nk update...Do talk and leave comment about this entry...Bye..