Stars In My Soul
Welcome!

Hola Blogger! My name is Amirah. I am the owner of this craziest blog ever. Don't you noticed that? Haha Please be nice here ya.Follo me!

GPS? Navigate?

Diary About Links

Instagram



Credits?

Template by : Aina Hanani
Basecodes by : Liyana Izzati
Background : Sis Hafizah
Stuffs by : Aina Hanani
Best view : Google Chrome only

Kerja khusus Geografi 2012 ? How ?
Wednesday 21 March 2012 | 09:06 | 0 comments
Hey2...Assalamualaikum..Dah beberapa bulan tak update blog ni....SERIOUSLY...Dah lama kot...Oke2...Amirah rasa, Amirah tak terlambat untuk update pasal ni...right ? Btw, seluruh negeri di Malaysia pada tahun ni, iaitu 2012, diWAJIBkan membuat kerja khusus ni, kan ? Amirah rasa, kebanyakan sekolah, dah start buat kerja khusus ni, sebelum cuti sekolah kan ? Tapi, sebelum cuti sekolah, Amirah ada exam..So, cikgu start bagi kerja khusus ni, after holiday...Berapa lama masa yg diberi untuk siapkan kerja khusus ni ? Tak silap mira, 6 bulan ! Lama tu!! Tapi, Kementerian Pelajaran, bagi masa yg agak lama ni, ada sebabnya.. cikgu nk pastikan yg kerja khusus kita itu, sentiasa betul. Maksud di sini ialah, setiap tajuk, contohnya seperti Penghargaan..Mesti la ditunjukkan kepada guru geo dulu, sama ada penghargaan yg kita buat tu betul atau salah....Mungkin sesetengah orang, akan letak penghargaan untuk ibu bapa nyaa sahaja..Di mana penghargaan untuk guru2 ? Rakan2 sekumpulan yg turut serta ? "Kalau tak buat penghargaan untuk guru2 dan rakan2, mungkin markah akan ditolak"cikgu geo sekolah mira yg ckp mcm tu..Jadi, nk selamat drpda kehilangan markah,letak la penghargaan untuk ibubapa,guru2 and rakan2..

Without Geography quote Mug by quoted



Hah! Ni Amirah ada CONTOH JAWAPAN KERJA KHUSUS GEOGRAFI 2012....

(Nombor 1) TAJUK :

PERNIAGAAN PASAR MALAM

DI PEKAN KEPALA BATAS, PULAU PINANG

NAMA : _________________________________

KELAS : _________________________________

SEKOLAH : _________________________________

NAMA GURU : _________________________________

TARIKH HANTAR : _________________________________

(Nombor 2) SENARAI KANDUNGAN

TAJUK HALAMAN

1) Penghargaan
2) Pendahuluan
3) Objektif Kajian
4) Kawasan Kajian
5) Kaedah Kajian
6) Dapatan Kajian
7) Rumusan
8) Lampiran
9) Rujukan
10) Bukti ( borang soal selidik, tembu bual dan surat-surat yang berkaitan )

(Nombor 3) PENGHARGAAN

1) Kepada Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Kadir kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan kerja kursus ini.
2) Pn. ____________________ iaitu guru Geografi saya yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.
3) Kepada kedua ibu bapa saya iaitu (nama bapa dan nama ibu) yang memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini.

(Nombor 4) PENDAHULUAN

1) Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar minggu yang diadakan pada setiap hari sabtu di Pekan Kepala Batas,Pulau Pinang
2) Saya pilih tajuk ini kerana pasar minggu ini berdekatan dengan rumah saya.
3) Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Julai iaitu kira-kira 3 bulan.

(Nombor 5) OBJEKTIF KAJIAN

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat :-

1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam pekan Kepala Batas.
2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Kepala Batas.
3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di pekan Kepala Batas.
4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kepala Batas.
5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kepala Batas.
6) Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Kepala Batas.

(Nombor 6) KAWASAN KAJIAN

1) Kajian ini telah dijalankan di pekan Kepala Batas,Pulau Pinang.
2) Pasar malam ini diadakan pada setiap hari sabtu bermula 4.00 petang hingga 10.00 malam. Pelbagai barangan dijual seperti ________________________________
3) Lokasi pasar malam ini ialah di pekan Kepala Batas,Pulau Pinang
4) Pekan Kepala Batas ini mempunyai bentuk muka bumi _____________. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor _________ dan sesetengahnya _____________
5) Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira ____ kilometer dari Bertam dan kira-kira ______ km dari tempat tinggal saya.

PETA KAJIAN

1) Lukis Peta Daerah / Zon Kepala Batas
i) Tajuk dan Bingkai [1 m ]
ii) Nama kawasan kajian dan arah mata angin [ 1 m]
nota : tandakan kawasan kajian
2) Peta Pekan Kepala Batas
( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka menjalankan kajian) = kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan
i) Tajuk dan Bingkai [1 m]
ii) Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]
iii) Simbol Piawai [ 1 m ]
iv) Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

(Nombor 7) KAEDAH KAJIAN

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian di pasar malam ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk _________
3) Soal Selidik = menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu diisi _____________
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan _____________________

(Nombor 8) DAPATAN KAJIAN

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian

Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.

Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

1) menyediakan peluang pekerjaan
- perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga _____________ dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga.
2) meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk
- perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka.
3) memudahkan penduduk tempatan membeli barangan
- pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Batu Pahat.
- dapat menjimatkan masa dan kos penduduk.
4) membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan
- pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, kerepek, hasil kraftangan dan lain-lain.
5) menyediakan barangan segar
- pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan.

Unsur patriotisme

_____________________________________________________

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian

1) Governan
- Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan.
2) Modal
- pasar malam ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 – RM 300 untuk berniaga di pasar malam ini.
3) Infrastruktur
- Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
4) Pertambahan penduduk
- kebiasaannya pasar malam ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.
- penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar malam ini.
5) Darjah ketersampaian
- lokasi pasar malam ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Kepala Batas dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.
6) Kesesuaian waktu berniaga
- pasar malam ini menjalankan perniagaan pada hari Rabu dan hari sabtu (hari cuti) iaitu bermula pada pukul 4.00 petang dan berakhir pada 10.00 malam.

Unsur patriotisme
__________________________________________

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti.

1. Masalah sosial
- pasar malam ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang kurang sopan.
- pelanggan yang mencuri barang perniagaan.
2. Persaingan dengan kedai runcit tempatan
- Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puashati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian.
3. Pencemaran
- kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar malam ini akan dipenuhi dengan sampah sarap.
4. Kesesakan lalu lintas
- masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahu-bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain.
5. Harga tanpa kawalan
- kebanyakan harga barang di pasar minggu ini tidak dipantau oleh pihak kerajaan. Oleh itu, terdapat kemungkinan pengunjung akan ditipu oleh peniaga yang menjual barangan melebihi harga biasa.
6. Barangan tidak berkualiti
- terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak.
- jual madu palsu, ubat-ubatan yang palsu yang boleh memudaratkan kesihatan.

Unsur patriotisme
__________________________________


8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian

1. Kuat kuasa undang-undang
- Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga.
2. Pengawalan harga
- kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar malam ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga.
3. Kempen kesedaran
- boleh gunakan risalah – tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga.
4. Menyediakan kemudahan asas
- pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut.

Unsur patriotisme

___________________________________

Bahan Grafik

- Pelajar boleh memilih untuk menggunakan dua bahan grafik :-

i) Jadual
ii) Carta Pai
iii) Peta Minda
- Bahan grafik boleh diletakkan di mana-mana aspek dapatan kajian yang sesuai.

(Nombor 9) RUMUSAN

- perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung.
- dapat menambah pendapatan mereka manakala pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat menjimatkan masa.

(Nombor 10). LAMPIRAN

Surat pengenalan diri calon
Surat kebenaran membuat kajian
Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
Borang soal selidik
Gambar / foto yang berkaitan
Bahan daripada pelbagai sumber seperti majalah, surat khabar dan internet

(Nombor 11). RUJUKAN

1) Buku Teks
2) Buku Rujukan
3) Internet
4) Orang Sumber

(Nombor 11). PENILAIAN UMUM

Susunan mengikut format, kemas, teliti dan menepati jadual pelaksanaan

JADUAL : Jenis Barangan Yang Dijual di Pasar Malam Pekan Kepala Batas, Pulau Pinang

1. Jenis Barangan Yang Diperniagakan

Jenis Barangan


Jumlah Gerai
Makanan
Minuman
Buah-buahan
Kasut/pakaian/kain
Ayam/daging/ikan
Sayur-sayuran

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina graf bar untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar malam,Pekan Kepala Batas

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Pekan Kepala Batas,Pulau Pinang(Tandakan 4 kesan utama)

Kesan


Tandakan

(x)
Masalah sosial
Persaingan dengan kedai runcit tempatan
Pencemaran
Kesesakan lalu lintas
Wabak penyakit
Harga tanpa kawalan
Barangan tidak berkualiti
Pembaziran (masa/wang)

Catatan : Daripada jadual di atas pelajar boleh membina peta minda untuk menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di Pasar Malam Pekan Kepala Batas

Sumber and kredit to : https://smkpenghulusaad.wordpress.com/

Hope dpt membantu .Terima kasih.